Kali ni aku nak share pengalaman aku gunakan jentera Kawasaki Z250SL sebagai kenderaan aku daily pergi kerja. Zaman sekarang ni ramai review suka buat video. Tapi bagi aku tak pandai sangat dan ambil masa nak editing apa semua. Dan tambahan Motor tu pun aku dah tak pakai.
Jadi tujuan aku cuma nak bagi pendedahan kat owner2 akan datang yang berminat pakai motor ni. Motor ni jarang dah dijual dalam condition baru. Aku sendiri pun beli second hand dari orang. Masa aku beli ni tahun 2019 dengar harga Rm7000. Owner dia student dengan mileage motor 20k camtu. Aku awalnya takda la syak apa2. Dan rasa macam berbaloi lah dengan mileage rendah. Owner pun kata laju pun dia bawa 120kmh.
"Z 250 SL 249 cc engine offers 27.6 hp of power and 22.6 Nm of torque."
"Z 250 SL variant is powered by a 249 cc Petrol Engine with Fuel Injection system, It has a Single Cylinder, 4-Stroke, Liquid-Cooled, 4 Valves DOHC."
Ni lah warna aku beli dulu. Condition nampak tiptop.
Kenapa aku cari Z250SL?
1. Aku akan guna motor ni untuk berulang dari Parit Buntar dan Georgetown. Perjalan dalam 50minit ke 1jam.
2. Motorsikal ni untuk servis cuma perlukan 1.3liter. Jadi aku akan jimat kos servis. Tak perlu sampai dia botol. Maknanya umpama perlu 4 botol untuk 3 kali servis. Berbanding korang cari 2cylinder punya motor macam Z250 perlu 2.0 liter untuk setiap kali servis. Kalau 3 kali servis maknanya korang perlu beli 6botol minyak.
3. Oil Filter kawasai Z250SL ni gunakan oil filter yang sama dengan Modenas Kriss. Jadi aku boleh jimat beli filter Kriss. Tapi masalahnya kebanyakan kedai jual jenis tiruan. Jadi aku akan ke Pusat Servis Modenas di Gurun dan akan beli banyak2. Dan memang confirm original. nampak beza sangat ori dengan tiruan. Ori punya nampak lebih tebal filter paper. dan aku yakin memang kedai2 takda pun jual yang originial. jenuh aku cari dah.
4. Z250SL ni jenis enjin single cylinder. Jadi akan lebih jimat minyak. dan jimat kos tukar spark plug dan valve clearance nanti.
5. Z250SL design lebih cantik dari Z250 yang 2 cylinder. Aku suka design Z250SL lagi. Nampak tirus dan sexy.
6. Top speed Z250SL ni 160kmh. Hasil aku cari2 memang top speed dia 160kmh. dalam youtube ada juga sampai 180kmh. Mungkin sebab dia dah tune dyno dan sprocket.
So ini semua hasil carian aku sebelum beli Z250SL ni.
Tetapi aku akan review selepas penggunaan aku dengan motor ni selama dua tahun berulang kerja.
Motor ni sebenarnya memang seperti yang aku jangka. Cuma ada benda yang aku tak jangka.
first, tentang kos servis. Ini mungkin sebenarnya motor aku beli ni yang bermasalah. Motor aku ada masalah hilang minyak hitam bila korang perah lama2 140kmh. Aku syak owner sebelum ni tipu mileage. Bila tanya owner lain diorang kata takda masalah pun minyak hitam hilang. Interval aku servis dalam 3000km. Masalahnya 3000km tu aku dah gunakan 2botol. 2liter minyak. Sebab masa aku mula2 servis dengan 1.3liter, dalam 2000km minyak hitam akan berkurang. Kadang terpaksa topup 300-400ml. Akhirnya 2 botol juga lah habis. So aku rasa motor aku yang problem.
Aku pernah ride dari Parit Buntar sampai Kuantan. Minyak enjin kering terus. Aku topup 600ml. separuh minyak hitam takda. Memang gila betul. Dia jadi lagi kuat hilang minyak hitam ni bila aku perah 140kmh. kalau bawa steady 120kmh Kurang lah nak kena topup balik.
kedua, Motor ni seat dia agak kecik dan nipis. Ni faktor sebab nama "SL" mungkin Slim and Light. Rupa bentuknya slim. jadi seat pun tak besar tebal mana. Aku boleh ride 2jam je nonstop. Lepas tu akan sakit amat bontot. Setiap jam aku terpaksa berhenti masa ride ke pantai timur.
Ketiga, Motor ni ada masalah sparepart lebih mahal dari Kawasaki Z250 dan part dia tak banyak macam Ninja 250 dan Z250. Aku pernah ada masalah tensioner. Dan Harga tensioner 3ratus lebih. dan takda jual dalam shopee. Z250 je aku nampak ada jual dalam shopee dan lebih murah herganya.
Masalah lampu depan motor ni senang merekah. Jadi solution dia pakai lampu LED. owner sebelum ni dan pakai LED, jadi takda masalah.
Masalah terakhir motor ni... yang membuatkan berakhir lah motor ni dengan aku...
Pada hari aku nak balik kerja. Aku bersemangat lalu jambatan kedua penang. Pulas habis. Dapat top Speed 160kmh... dan tiba2 motor aku termati. Aku cuba start balik. dapat... Bila pulas balik dia akan termati balik. Maksudnya api tak sampai kat sparkplug. Aku cuba juga start balik sebab nak bagi jalan sampai keluar dari jambatan dan ke R&R... Sampai lah aku cuma boleh bawa 40kmh je sebelum dia mati balik.. Akhirnya aku berjaya sampai R&R sipi2.
Bateri aku kong... Aku dah syak. Masalah utama motor ni adalah Magnet Coil dia senang terbakar. So bila magnet coil dah kong, Bateri aku pun out. Motor pun mati lah ceritanya.. Masa aku cuba juga bagi jalan motor tu walau boleh 40kmh je.. Enjin jadi barai. Aku taktau bunyi apa dalam enjin. Dan bunyi berketuk.
Aku panggil towing pergi ke Kedai repair motor kat Jawi... Fikir2 last aku decide nak tolak je motor tu. Kedai pun amik 4ribu je. Dia kata tolak kos repair lumsum 3k. Aku dapat 1k je.Hampeh betul. Aku malas nak fikir banyak dah.. Otak dah serabut balik kerja tersadai kat highway.. Akhirnya terjual lah motor aku.
Motor ni sebenarnya best pakai. Aku memang kaki lenjan. jadi korang kalau nak pakai motor ni jangan selalu lenjan. Aku ni ride motor suka full throttle pecut. Lepas tu untuk motor kawasaki ni korang jangan lambat buat valve clearance kalau kaki lenjan. Aku syak motor aku tu valve dah lari sikit. Sebab awal2 pakai dulu elok je dapat 160kmh. Bila lama2 pakai dapat 150kmh je. Makin lemau pulak. Kawasaki memang korang ke rajin la valve clearance. Masalahnya kos nak buat tu pun dalam RM600 pastu kena tinggal motor. Leceh.
So korang yang nak beli motor ni OK je. Dia motor yang jimat untuk berulang kerja. cuma Masalah sekarang korang kena tengok betul conditon 2nd hand tu elok ke tak. Kemudian jangan lenjan selalu sangat. Motor buat pergi kerja korang santai2 je. Maintain 120kmh. Sekali sekala pecut sikit 140kmh potong lori. Ok la. Motor ni macam manja sikit. Tapi aku suka pakai dia. Aku asyik nak bawa laju je lenjan.