Saturday, 22 October 2016

Keseorangan tak semestinya rasa sunyi. Jika?

Aku pernah ada pengalaman kesunyian. Maksud aku, aku terpaksa menjalani kehidupan sebagai student sendirian. Berbanding sebelum ini selalu ada peneman kawan-kawan. Kemudian semester berikutnya mereka tiada. Sebab, quit belajar, kena buang. Kawan kelas dah la sikit, bertambah sikit lagi jadinya.

Semester berikutnya aku terpaksa hadapi berseorangan. Bagi aku agak sukar. Sebab kau dah terbiasa sebelum ini ada kawan-kawan sentiasa, aku sentiasa harap datang kelas dapat borang dengan kawan, cerita masalah, tentang assignment, kutuk lecturer. Selepas saja waktu kelas kau ada orang untuk harapkan lepak sama-sama, makan sama-sama. Kemudian mereka ini tiada.

Permulaan itu agak sukar bagi aku bila diorang ni dah takda. Aku terpaksa nak biasakan diri bersendirian. Tapi disebabkan tak biasa bersendirian begitu, aku jadi sunyi.

Tapi sekarang aku dah biasa bersendirian, jadi jika aku terpaksa bersendirian kemungkinan besar aku tak merasakan kesunyian itu.

Kali ni aku berhadapan dilemma ini. Bila sejak-sejak ini aku selalu lepak dengan kawan-kawan lain. Boleh kata setiap hujung minggu mesti lepak sekali. Kemudian ada satu ketika, mereka tak dapat nak lepak sama. Hujung minggu yang terasa sunyi sebab takda orang nak lepak sama. Padahal sebelum-sebelum ini aku tiada masalah kalau berseorangan sentiasa, aku dah biasa. Aku pandai bawa diri sendiri, mencari hiburan sendiri berseorangan. Tapi... That feeling, loneliness datang kembali.

Aku sedar kemudiannya... Aku kena cepat sesuaikan diri berseorangan. Betulkan mindset. Jadikan diri ni lebih fleksibel. Kalau ada orang nak lepak ok, takde pun ok. Takde mempengaruhi sangat. Itu yang aku mahu. Sebab baru-baru ini aku dah terbiasakan diri sentiasa ada peneman hujung minggu nak lepak. Bila dah terbiasa... then minggu ni rasa sunyi kami tak dapat lepak sekali. Aku jalan2 keseorangan. Rasa sunyi. Dem.

No comments:

Post a Comment